TUMPAT (Kelantan): Walaupun cuaca semakin baik, banjir di beberapa kawasan perkampungan di Kelantan belum pulih, berikutan air masih bertakung dan banyak kediaman ditenggelami banjir.
Situasi itu, yang dipanggil sebagai banjir termenung, menjejas sekurang-kurangnya 10 kampung di Tumpat, Kelantan, apabila kebanyakan kawasan seperti lautan dan banjir hanya surut sekitar 0.4 meter setakat ini.





