ISKANDAR PUTERI (Johor): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar pembangkang supaya membawa usul tidak percaya di Parlimen jika mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.





