Demi melestarikan warisan filem klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sebuah penerbitan pelajar Berita Harian (BH), Gen G, akan menganjurkan satu peraduan menghasilkan TikTok atau video berdasarkan filem-filem itu.
Dua kategori bagi pelajar sekolah menengah dan rendah dibuka bagi membolehkan sekolah-sekolah menghantar TikTok atau video berdasarkan filem yang dipilih.





