MARRAKECH (Maghribi): Maghribi, yang turut dikenali sebagai Singa Atlas, memulakan kempen Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Tanzania dalam Kumpulan F pada 18 Januari.
Pasukan kendalian Walid Reragui itu membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi Romain Saiss selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terpantul lalu beliau memanfaatkan peluang yang tersaji.





