IPOH: Tiga lelaki ditahan susuli kes penipuan dalam pelaburan dagangan mata wang kripto yang menyebabkan seorang pengarah sebuah syarikat pengurusan di Selangor kerugian RM12 juta ($3.4 juta).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata tiga suspek berusia lingkungan 35 hingga 55 tahun itu ditahan pada awal pagi 24 Januari di sekitar Lembah Klang...





