Cukai setem hartanah yang diperoleh pemerintah bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023, naik 1.7 peratus daripada tahun sebelumnya kepada $4.51 bilion.
Hasil lebih tinggi sedikit itu, yang diraih dalam persekitaran urus niaga hartanah lebih rendah dan kadar cukai lebih tinggi, membalikkan hasil yang diraih bagi tempoh sembilan bulan sebelumnya apabila hasil cukai setem turun 15.7 peratus.





