Pihak pengurusan Gardens by the Bay mengingatkan pengayuh basikal agar mengurangkan kelajuan mereka, selepas satu video yang menunjukkan seekor biawak benggala menjadi mangsa pelanggaran, tular di media sosial.
Video yang merakam kejadian pada 11 Februari itu tersebar di Reddit, menunjukkan reptilia itu sedang melintasi satu laluan, sedang seorang pengayuh basikal melalui laluan tersebut. Kedengaran seorang wanita di latar belakang berteriak:...





