Ustaz Ahmad Arifin Muhamad Ekhsan yang mengambil jurusan pengajian Al-Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah mengetuai pasukannya untuk menghasilkan kursus pembelajaran dalam talian mengenai dakwah dan cara melibatkan masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada projek ‘capstone’, atau projek akhir bagi asatizah yang ingin menamatkan program Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), Ustaz Ahmad Arifin bersama pasukannya yang terdiri...





