MAKKAH: Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain telah membawa lebih 1.3 juta jemaah umrah dan pelawat antara Madinah dengan Makkah, sepanjang Ramadan 2024.
Portal berita Saudi Gazette melaporkan perkhidmatan rel itu penting dalam memudahkan perjalanan berterusan, menghubungkan jemaah dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi tujuan ibadah umrah dan haji.





