Hasrat Singapura ingin menyulamkan alam semula jadi dengan kehidupan bandar mungkin menimbulkan masalah kepada beberapa spesis burung yang didapati cenderung merempuh bangunan berdekatan kawasan hutan, menurut satu kajian.
Diketuai oleh saintis burung Singapura, Encik David Tan, kajian itu telah mengenal pasti enam kawasan yang dikaitkan dengan pembangunan pada masa depan – termasuk Tengah dan Springleaf – dengan burung-burung yang berterbangan...





