Jenazah suspek kes serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor, yang mengorbankan dua konstabel polis, dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, dengan kuburnya dijarakkan jauh daripada liang lahad penghuni kubur lain.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengenai penjarakan kubur suspek itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, dalam satu kenyataan, usai...





