Semua majlis bandaran menerima penilaian tertinggi dalam laporan pengurusan majlis bandaran terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada 27 Jun.
Buat pertama kali sejak pemerintah mengeluarkan laporan tersebut pada 2010, kesemua 17 majlis bandaran di sini menerima penilaian hijau dalam semua empat kategori yang dinilai, iaitu kebersihan estet, penyelenggaraan estet, prestasi lif, dan pengurusan tunggakan bayaran perkhidmatan dan...





