KUALA LUMPUR: Anggaran kos prasarana bagi projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura meningkat RM1.207 bilion ($350 juta) kepada RM5.245 bilion hingga 31 Disember 2023, daripada RM4.038 bilion kos asal pada Januari 2018.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Malaysia yang dikeluarkan pada 4 Julai mendedahkan semakan audit mendapati peningkatan 29.9 peratus itu antaranya disebabkan penambahan skop kerja depoh...





