BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, memberitahu Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 4 Julai bahawa beliau telah memutuskan untuk menghantar delegasi bagi menyambung semula rundingan yang terhenti mengenai perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas.
Sumber dalam pasukan perunding Israel dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan berkata terdapat peluang baik untuk mencapai persetujuan selepas Hamas membuat cadangan yang disemak...





