SEREMBAN: Bantahan Malaysia terhadap tuntutan Filipina ke atas Sabah menerusi penyerahan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, adalah selari dengan status negara ini sebagai negara merdeka dan diiktiraf PBB.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata nota bantahan itu dihantar kepada PBB susulan usaha Manila untuk mengambil sempadan laut Malaysia sebagai sebahagian wilayah mereka...





