Perceraian bermakna berakhir sebuah rumah tangga dan kerap juga, bermulalah masalah perumahan bagi yang bercerai. Masing-masing, lebih-lebih lagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, perlu tempat berteduh, namun rumah sebuah yang dulu dikongsi, kini boleh dihuni salah seorang daripada mereka saja atau dijual bagi hasil jualannya dibahagi-bahagikan. Dalam sesetengah kes, mereka sukar mendapat rumah baru, sama ada dek kurang mampu...






