WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengumumkan pada 9 Julai sebuah pakej pertahanan udara besar untuk Ukraine, ketika keraguan terhadap kelangsungan politiknya menyelubungi permulaan sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Washington.
Pemimpin daripada pakatan tentera 32 negara itu sedang berusaha untuk menunjukkan keazaman menentang Russia dalam sidang penuh kemegahan selama tiga hari di ibu negara Amerika sempena...





