SEPULUH perkhidmatan bas SBS Transit akan terjejas hujung minggu ini (28 dan 29 Mei) disebabkan penutupan jalan bagi dua acara: Maraton Sundown 2016 dan Ahad Bebas Kereta SG.
Dari 11 malam pada 28 Mei hingga 1.30 pagi pada 29 Mei, Perkhidmatan 30 akan melangkau lima perhentian bas di sepanjang Fort Road dan Mountbatten Road kerana penutupan jalan bagi Maraton Sundown.





