LONDON: Bekas naib presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jeffrey Webb, telah mengaku menyalah guna kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, dan berkata memberi sogokan kepada pegawai bola sepak amalan biasa bagi syarikat pemasaran sukan.
Petikan pengakuan bersalah Webb dikeluarkan oleh seorang hakim di New York selepas dia mengaku terhadap tujuh pertuduhan, termasuk pengubahan wang haram dan menerima rasuah sebagai ganti...





