SEORANG lelaki berusia 59 tahun dikenakan perintah rawatan mandatori (MTO) dua tahun pada Khamis (11 Ogos) kerana mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia.
Ng Tong Kok, pekerja pembersihan sambilan, mengalami gangguan kemurungan besar semasa dia memukul wanita berusia 33 tahun itu dengan tongkat, menumbuk kepala beliau dan menendangnya.






