MEMANG Kampung Tempe - sempena perusahaan di rumah membuat tempe - sudah tiada lagi sejak akhir 1980-an. Yang ketara kini hanya sebuah rumah ibadat, Masjid Al-Huda, dan sebatang jalan sempena seorang perintisnya, Jalan Hj Alias.
SUSURI SOSIO-SEJARAH
MEMANG Kampung Tempe - sempena perusahaan di rumah membuat tempe - sudah tiada lagi sejak akhir 1980-an. Yang ketara kini hanya sebuah rumah ibadat, Masjid Al-Huda, dan sebatang jalan sempena seorang perintisnya, Jalan Hj Alias.
SUSURI SOSIO-SEJARAH
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyertai sekitar 600 penduduk Woodgrove bagi sambutan Hari Kebangsaan Woodgrove dan majlis pembukaan semula Kelab Masyarakat (CC) Fuchun pada 1 Ogos.
Dalam ucapannya sebelum merasmikan pembukaan semula CC itu, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menggesa masyarakat terus memperkukuh semangat gotong-royong menerusi hubungan yang lebih erat sesama jiran, serta penglibatan aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.
Pelajar Politeknik Nanyang (NYP), Cik Siti Aishah Siregar Sahat Siregar, 20 tahun, yang ditemui dalam keadaan selamat di Kemboja selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya, berkata beliau telah pergi ke negara itu berdasarkan keputusan sendiri dan bukan dipaksa mahupun ditipu.
Tampil dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman Facebook The Phnom Penh Post pada 1 Ogos, Cik Aishah menjelaskan bahawa...
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), yang akan diadakan di Stadium Negara pada 9 Ogos, telah diisytiharkan sebagai acara khas dengan keselamatan dipertingkat.
Ini bermakna langkah keselamatan yang ketat akan dilaksanakan di sekitar lokasi tersebut.
Penduduk Marine Parade kini mempunyai sebuah hab bawah tanah sehenti di mana mereka boleh memanfaatkan kemudahan harian dan perkhidmatan sosial, serta mencari cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat mereka.
The Anchor @ Marine Parade, terletak bersebelahan stesen MRT Marine Parade, merupakan yang pertama seumpamanya di Singapura.
Murid dan ibu bapa yang berkunjung ke reruai Berita Harian (BH) di Simposium Bahasa Ibunda di Singapore Expo pada 1 Ogos, disajikan dengan pelbagai kegiatan menarik dan interaktif.
Antara lain, mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman sebagai wartawan BH dengan mewawancara orang ramai menggunakan mikrofon BH. Selain itu, mereka juga dapat menyertai kegiatan mencari perkataan dan memutar roda untuk memenangi hadiah.





