NEW YORK (AMERIKA SYARIKAT) Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik.
Menurut laporan CNN, pelantikan penuh kontroversi berkenaan yang diumumkan pada 21 Oktober lepas dengan tujuan 'pemerkasaan kaum wanita' untuk kempen feminis telah di bangkang oleh ramai pekerja PBB.





