Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Rumah Putih, di Washington, pada Oktober nanti, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 29 Ogos.
Menjawab pertanyaan media, jurucakap MFA berkata PM Lee menelefon Encik Trump untuk berkongsi keprihatinan dan simpati ke atas kehilangan nyawa dan kerosakan di Texas dan Louisiana akibat Taufan Harvey.






