PASUKAN daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) muncul sebagai naib johan dalam satu pertandingan serantau yang disertai 10 pasukan khidmat perubatan kecemasan (EMS) dari lima negara baru-baru ini.
Pasukan SCDF itu membawa pulang hadiah AS$400 ($544) dan dua alat bantuan bagi kecederaan tulang belakang.





