HONG KONG: Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan dua daripadanya parah, ketika kejadian tembakan di sebuah taman di sini, hari ini, kejadian serangan bersenjata yang jarang berlaku di bandar raya yang terkenal selamat.
Polis berkata, seorang wanita berusia 44 tahun melepaskan tembakan ke arah empat orang di taman harbourfront di kawasan kejiranan keluarga berpendapatan sederhana di timur wilayah pulau itu.





