ALOR SETAR: Dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Sabtu (15 September) kerana cuba mendapatkan rasuah sebanyak RM20,000 ($6,641).
Lelaki berusia 46 dan 48 itu, difahamkan ialah anggota jawatankuasa pilihan raya PKR Kedah, didakwa meminta RM20,000 daripada seorang calon untuk memastikan nama beliau kekal dalam sistem bagi pilihan raya parti itu...




