PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum Cik Siti Nur Ismawida Ismail terkorban akibat gempa bumi yang melanda Lombok semalam (29 Julai), beliau telah berjaya mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia.
Malah, gadis berusia 30 tahun dari Melaka itu turut merakam detik tersebut dengan gambar dirinya di puncak gunung tersebut.





