SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun dipenjara 10 bulan kelmarin (1 Ogos) kerana membantu empat warga Sri Lanka mendapatkan pasport Malaysia yang palsu.
Menurut kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam, Jagathes Kumar Koil Pillai menyerahkan pasport dan tiket penerbangan bagi perjalanan ke Italy kepada warga Sri Lanka itu dalam sebuah tandas di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi...





