KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, membela anaknya, Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berikutan rentetan perselisihannya dengan kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam satu pos Facebook, Raja Zarith Sofiah berkata, beliau tidak dapat melihat Tunku Ismail dikecam oleh banyak pihak berkaitan kenyataannya bahawa bapanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mempunyai kuasa mutlak memilih menteri besar negeri...






