SIRI Shiok Persatuan Rakyat (PA) anjuran Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) telah mendapat sambutan menggalakkan tahun lalu dengan lebih 7,500 penyertaan dalam sekitar 500 kelas dan program yang diadakan.
Justeru, inisiatif tersebut akan diperluaskan tahun ini kepada lebih 650 kelas yang ditawarkan dan dijangka melibatkan lebih 8,500 penduduk.





