PENUMPANG yang menaiki MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) menghadapi kelewatan akibat sebuah kereta api yang rosak di stesen MRT Marsiling selama sekitar sejam pagi tadi (22 Januari).
Pengendali kereta api SMRT berkata sebuah kereta api yang menuju ke arah Jurong East mengalami masalah dekat stesen MRT Marsiling sekitar 7.50 pagi akibat masalah dengan alat isyaratnya.





