KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan perjuangan selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya, menurut laporan astroawani.com
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertungkus-lumus mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.





