BEIJING: Sebuah bas dan beberapa pejalan kaki 'ditelan' lubang benam besar di China, menyebabkan letupan dan mengorbankan enam orang sementara 10 yang lain masih hilang, menurut media tempatan Selasa (14 Jan).
Rakaman menunjukkan orang ramai di perhentian bas melarikan diri dari jalan raya yang sedang tenggelam sementara sebahagian bas tersebut jatuh ke dalam lubang.





