DUNIA menghadapi krisis makanan "belum pernah terjadi sebelumnya" kerana pandemik Covid-19, yang telah menyebabkan kehilangan pekerjaan yang teruk dan gangguan besar ke atas rantaian bekalan makanan, kata Ketua Ekonomi Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Apabila anda mengalami kehilangan pekerjaan yang parah ini, atau anda mengalami perintah berkurung besar-besaran, ia bererti orang menjadi rentan," kata Encik Arif Husain.





