INDIVIDU bekerja sendiri yang mata pencariannya terjejas oleh Covid-19 boleh memohon skim bantuan kewangan pemerintah bernilai $9,000 bermula esok (27 April).
Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) itu akan memberi wang tunai tiga suku tahun sebanyak $3,000 setiap satu pada Mei, Julai dan Oktober tahun ini.






