HYFLUX sedang di bawah siasatan jenayah kerana memberi kenyataan palsu dan mengelirukan, serta tidak mengikuti standard perakaunan, kata pihak berkuasa.
Siasatan itu, yang melibatkan pengarah dan bekas pengarah syarikat tersebut, berikutan kaji semula pendedahan dan pematuhan dengan standard perakaunan dan audit yang bermula April 2019.





