PEMERINTAH Singapura mengucapkan takziah di atas kejadian letupan besar di Beirut, Lubnan, yang meragut nyawa lebih 100 mangsa dan mencederakan ribuan yang lain.
Menerusi kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (5 Ogos), pemerintah Singapura turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa serta rakyat Lubnan dalam mengharungi masa sukar ini.





