MERAIKAN perayaan ketika dirawat di hospital memang 'tidak asyik'. Oleh itu, Hospital Besar Changi (CGH) cuba menceriakan para pesakitnya dengan menghidangkan makanan istimewa sempena perayaan yang diraikan. Itulah yang dilakukan Cef Halijah Dahari bersama pasukannya dari Khidmat Makanan dan Dietik CGH yang sentiasa memikirkan makanan yang sesuai bagi pesakit mereka. Hidangan khas bagi menyambut Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali...




