"ABANG, jangan lupa payungnya di belakang pintu. Hari nampak macam akan..."
Dari sofa di ruang tamu, Maisara lihat daun pintu terkatup rapat. Tok Din terlupa membawa payung ke masjid. Lagi. Maisara menggeleng-gelengkan kepalanya. Di satu sudut hatinya, dia sebenarnya bimbang kalau-kalau apa yang dilalui datuknya merupakan tanda-tanda awal demensia. Dia tidak ingin berkongsi kerisauan ini bersama Nek Mar, takut-takut Nek...





