tanah pulau sekangkang kera berwajah lampu Aladdin dudukmu di selatan semenanjung mulanya pantai nan berliku di bibirnya menghijau rimbunan bakau ombak datang menyisiri rawa dan redang taman margasatwa riang mengawang
bukan kerana ketentuan apa kau dikata tanah becak takungan air kayu bengkuk panjatan kera Pulau Ujung purba ini tempat segala lanun puaka datang berpesta asalmu Temasek dinamai Singapura bila Sang...





