KUALA LUMPUR: UMNO telah mengambil pendirian mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara yang berdepan dengan pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.
Berita Harian Malaysia melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu turut melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat hambatan...




