UJIAN Kecekapan Jasmani Individu (IPPT) dan latihan dalam kem (ICT) bagi anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) akan disambung semula secara bertahap mulai Oktober.
Ini didedahkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu lampiran pos di Facebook pada Khamis (3 September).
NSmen dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang tempoh pelaksanaan IPPT-nya ditutup pada atau sebelum 7 Februari 2021 akan dikecualikan daripada ujian itu...




