Jawatankuasa itu telah menyerahkan saranan, termasuk tentang penggunaan Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, kepada pemerintah pada Rabu (24 Dis).
Antara lain, jawatankuasa itu menyarankan agar vaksinasi diutamakan bagi mereka yang berisiko dijangkiti Covid-19 seperti pekerja penjagaan kesihatan, serta mereka yang paling terdedah kepada komplikasi dan penyakit teruk sekiranya dijangkiti Covid-19 seperti warga emas.





