KOTA MARUDU (Sabah): Tiga mangsa termasuk dua beranak rentung, manakala tiga lagi dilaporkan cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas di sini, awal pagi 1 Ogos.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Encik Abdul Malik Mad Tasin berumur 50-an tahun serta anak perempuannya, Nur Adriana Qistina Abdul Malik, 11 tahun, dan seorang lelaki warga emas bernama Encik Salleh...





