Rancangan menubuhkan sebuah kolej pengajian Islam di Singapura diusulkan pada 2016 oleh Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam pada waktu itu, Dr Yaacob Ibrahim.
Ia bertujuan melatih asatizah yang dapat memberi bimbingan agama yang relevan kepada masyarakat Islam dalam konteks berbilang kaum dan berbilang agama Singapura.





