Para pengunjung Taman Tasik Jurong berpeluang menikmati keindahan cahaya aneka warna daripada lebih 300 tanglung dalam pameran yang bertajuk Reflections of Twilight, lengkap dengan hiasan lampu, muzik dan sentuhan seni budaya.
Ini sempena edisi ketiga dan terbesar acara Lights by the Lake yang akan berlangsung dari 8 hingga 22 September sempena sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh, anjuran Lembaga Taman Negara...





