Meningkatkan prestasi bola sepak Singapura menjadi keutamaan dalam Kongres Tahunan ke-42 Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 16 September di Sheraton Towers.
Presiden FAS, Bernard Tan, memberikan anggaran bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk melihat usaha yang mereka jalankan sekarang membuahkan hasil ketara.





