Hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap 108 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) mendapati, wujud beberapa fakta mengenai kepercayaan dan amalan ajaran menyeleweng diamalkan suspek bercanggah dengan fatwa yang dikuatkuasakan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, yang menjelaskan semua individu berkenaan disyaki terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah...





