JITRA (Kedah): Operasi mencari pesara kewangan Felcra, Encik Sabari Baharom, 62 tahun, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, di Jitra, Kedah, ditamatkan pada 2 Oktober, selepas usaha pihak berkuasa selama tiga hari sejak 30 September gagal menemui sebarang petunjuk.
Isteri mangsa, Cik Subhiah Ruslina Shahibi, 57 tahun, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak berkuasa pada 2 Oktober...





