IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mahu semua ajaran sesat yang bertapak di negeri itu, termasuk yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), ditangani hingga ke akar umbi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, selepas beliau menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembahkan laporan mengenai kegiatan GISBH yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Menurut...





